HEM SENTOSA

Ahad, 11 Disember 2011

Aspek Keselamatan Dalam Pendidikan Jasmani


Terdapat tujuh perkara yang perlu diberi perhatian untuk keselamatan sebelum menjalani aktiviti rekreasi dan latihan sukan.

1. melakukan aktiviti memanaskan badan, regangan otot dan kelonggaran sendi sebelum melakukan aktiviti yang lebih berat dan lakukan aktiviti menyejukkan badan selepas latihan.

2. latihan bersistematik. latihan perlu dirancang dan ditentukan terlebuh dahulu sebelum melaksanakannya. jangan sesekali melakukan aktiviti yang tidak diketahui faedah dan akibatnya.

3. kenal pasti kecergasan diri. setiap individu mempunyai tahap kecergasan yang berbeza. tetapkan objektif latihan mengikut kecergasan diri masing-masing.

sekadar gambar hiasan
4. kenal pasti kemampuan diri. lakukan aktiviti mengikut tahan kemampuan masing-masing. jangan memaksa diri melakukan aktiviti melebihi had keupayaan masing-masing.

5. persekitaran dan tempat aktiviti yang sesuai. pastikan persekitaran tempat yang selamat. salamat untuk diri sendiri dan orang lain.

6. kemudahan peralatan. pastikan anda mempunyai peralatan yang sesuai untuk melakukan aktiviti. alatan termasuklah juga pakaian yang sesuai untuk aktiviti.

7. perlakuan yang betul. jangan melakukan aktiviti dengan cara yang salah. ini akan membahayakan diri anda. 

Peruntukan waktu pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan di sekolah


surat pekeliling ikhtisas bil 25/1998: pelaksanaan mata pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan KP (BS) 8591/Jld.XIV/(25) yang dikeluarkan pada 18 november 1998 oleh pejabat KPPM adalah panduan untuk pentadbir sekolah dan panitia pjk merancang RPT masing-masing.

walau bagaimanapun, masih terdapat kekeliruan peruntukan waktu pj dan pk oleh panitia pjk di sekolah-sekolah.
peruntukan masa bagi pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan adalah seperti berikut:
sekolah rendah tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3)
pj : 84 waktu setahun x 30 minit
pk : 42 waktu setahun x 30 minit
sekolah rendah tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6)
pj : 60 waktu setahun x 30 minit
pk : 24 waktu setahun x 30 minit
sekolah menengah (tingkatan 1, 2, 3, 4, dan 5)
pj : 60 waktu setahun x 40 minit
pk : 24 waktu setahun x 40 minit








 Kurikulum dan hubungkaitnya dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani.

A Curriculum is a written document which may contain many ingredients, but basically it is a plan for the education of pupils during their enrolment in given school -
George A.Beauchamp (1986)

Berdasarkan kepada George A. Beauchamp, beliau mendefinisikan kurikulum sebagai dokumen bertulis di mana di dalamnya terkandung pelbagai bahan tetapi asasnya ia adalah satu rancangan untuk pendidikan murid-murid semasa mereka berada di sekolah

Kurikulum yang digubal mempunyai kepentingan tertentu yang berkait rapat dengan mata pelajaran pendidikan jasmani. Kurikulum yang dibentuk dapat membantu melahirkan insan yang seimbang dari keupayaan psikomotor, afektif dan kognitif. Aspek pembangunan insan merupakan keperluan negara dalam proses pembentukan modal insan yang berkualiti.

Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani ialah satu garis panduan kepada guru-guru dalam merujuk kandungan-kandungan pelajaran yang harus diberikan, diajarkan dan diterapkan kepada murid-murid. Di dalam sukatan pelajaran tersebut, terdapat tajuk-tajuk, kemahiran-kemahiran, cadangan aktiviti yang sesuai dengan murid mengikut tahap tertentu serta cadangan bahan-bahan yang hendak digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Justeru dapat kita kenal pasti di sini bahawa Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani adalah sub unit yang terdapat di dalam kurikulum. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani adalah garis panduan yang lebih khusus untuk diteliti oleh guru yang hendak mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

Sukatan Pendidikan Jasmani merupakan satu kaedah yang terbaik untuk melahirkan individu yang mempunyai keseimbangan yang baik sama ada dari segi keupayaan psikomotor, afektif mahupun kognitif. Unsur membina kesepaduan dan korelasi dalam kurikulum sukatan pelajaran pendidikan jasmani diselitkan unsur-unsur sains, maka kesepaduan mata pelajaran dapat dibentuk. Terdapat juga unsur-unsur mata pelajaran lain yang disepadukan dalam pendidikan jasmani seperti muzik, matematik, fizik, biologi dan lain-lain.

Subjek pendidikan jasmani mengaplikasikan kurikulum berpusatkan murid. Perkara ini dapat dilihat melalui permainan kecil yang disertai oleh mereka. Sebagai contoh, permainan kecil adalah permainan kegemaran semulajadi kanak-kanak. Oleh itu, unsur permainan diselitkan dalam sukatan pendidikan jasmani untuk menarik minat murid-murid.

Jumaat, 9 Disember 2011

Memahami Konsep Dan Definisi Pendidikan Jasmani

  sebelum kita nak ngajar PJ kita kena faham ni dulu.....
Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani, pelajar akan diberi ruang untuk mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. (Pettifor, dalam Wee Eng Hoe, 2005).
Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif melalui penyediaan skop pengalaman pembelajaran yang berturutan serta rapi. Secara ringkasnya, Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik serta berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986). Pendekatan dalam Pendidikan Jasmani masa kini tertumpu antaranya kepada nilai perkembangan kemahiran dan kecergasan jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat sosial yang murni. Pendidikan Jasmani juga berperanan membangun serta membina aspek kognitif murid melalui aktiviti-aktiviti penerokaan, penyelesaian masalah dan kemahiran berfikir. Di sini kita dapat lihat dengan jelas bahawa subjek ini merupakan satu keperluan bagi membina perkembangan keseluruhan kanak-kanak dari segi jasmani, emosi, rohani,intelek mahupun sosial.
Kerelevanan Pendidikan Jasmani untuk diajar di sekolah juga disebabkan subjek ini memiliki kesepaduan di antara domain psikomotor dan domain kognitif. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamik dan progresif (Asiah Abu Samah, 1993).
Aspek Psikomotor
Aspek psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan.Aspek ini melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan serta kelajuan. Di dalam subjek Pendidikan Jasmani suaian, aspek ini perlu difokus selepas pelajar melepas tahap minimum aspek fizikal dan psikomotor.
Weston (1979) menyatakan bahawa kurikulum yang dihasilkan adadalah program yang dirancang untuk kepentingan pelajar dan mengambil kira semua faktor utama seperti keperluan pelajar dan sekolah sebagai matlamat utama. Bucher (1979) berpendapat bahawa pelajaran Pendidikan Jasmani mampu untuk membuahkan hasil yang berkesan kepada pelajar melalui proses pembelajaran yang telah digariskan dalam suatu kurikulum bagi memenuhi keperluan pelajar.
Raddick (1982) pula berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada pendidikan seseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan., ia menekankan tentang pembentukan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi dengan cara yang unik sehingga cara hidup dan kualiti seseorang ditingkatkan. Pukal KBSM (1992) mendefinisikan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) bertujugan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif. Ketiga-tiga unsur ini dapat dilakukan melalui pemupukan dan penerapan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran yang menekankan kepada proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, emosi dan soail (Teng Boon Tong, 2001).
Dapat disimpulkan bahawa Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran yang memberi penekanan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi. Subjek ini juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan serta amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.
Aspek Kognitif
Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta memahami. Pembangunan kognitif juga melibatkan rangsangan pemikiran yang terdiri daripada elemen kreativiti, penyelidikan, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan. Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar misalnya dapat menjadikan pendidikan luar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar, pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan aktiviti dengan lebih cekap dan berkesan.
Pengetahuan tentang aktiviti-aktiviti seperti permainan padang, permainan gelanggang, olahraga serta rekreasi juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Hasil yang baik akan diperolehi bukan saja memberi kekuatan fizikal malah harus memberi kekuatan kognitif. Kecekapan pelajar untuk memahami sesuatu teknik, peraturan ataupun disiplin serta melakukan keputusan untuk menghasilkan pergerakan yang sesuai dan kerjasama dengan rakan sepasukan melalui persefahaman yang baik adalah kunci utama penerapan aspek kognitif dalam Pendidikan Jasmani.
Aspek Afektif
Matlamat utama yang diingini dalam semua program Pendidikan Jasmani pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi dan nilai serta pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. Pendidikan Jasmani memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan akan terjalin ketika melakukan aktiviti secara berpasukan.
Pendidikan Jasmani juga perlu menekankan nilai yang baik seperti tolong-menolong, menghargai sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan fizikal, menghomati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti. Emosi adalah suatu elemen yang penting dalam perkembangan kanak-kanak melalui penglibatan bersama rakan sebaya. Aktiviti Pendidikan Jasmani dapat membentuk emosi yang stabil di kalangan pesertanya. Pendidikan Jasmani adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan sosial. Seorang murid yang pada mulanya jenis pemalu dan tidak pandai bergaul dengan rakan-rakan, akan menjadi seorang yang periang serta dapat menjalinkan persahabatan dengan rakan lain sekiranya aktiviti yang dilakukan dapat memenuhi kepuasannya ketika terlibat dalam suatu aktiviti. Sebagai kesimpulan, Pendidikan Jasmani membantu individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur oleh guru subjek akan menjadikan Pendidikan Jasmani sebagai wahana penting untuk mencapai matlamat sosial.